Penggunaan laman web sebagai medium pembelajaran makin meluas digunakan masa kini. Seperti di UKM misalnya penggunaan iFolio, MOOC sangat digalakan. Bukan sahaja memudahkan penyampaian ilmu kepada para pelajar tetapi membawa pengajaran ke satu tahap yang lebih baik mengikut perkembangan teknologi masa kini.
Oleh itu, pembelajaran hari ini sangat menarik, kerana kami didedahkan dengan bangaimana untuk membina laman web sendiri menggunakan platform WordPress dari peringkat asas hingga perkara-perkara penting yang perlu ada dalam satu laman web.
Kemahiran ini sangat penti masa kini khususnya bagi guru-guru, berikutan ianya merupakan salah satu cara penyampaian ilmu yang semakin diminati dan meluas digunakan masa kini.
Berikut adalah sedikit maklumat yang boleh dijadikan rujukkan rakan-rakan.
Maksud CMS
Satu sistem pengurusan kandungan menyokong corak kerja seperti penghasilan, pengurusan, penyebaran, penerbitan dan penjelajahan maklumat-maklumat dalam sistem tersebut. Ianya meliputi keseluruhan pusingan satu-satu halaman dalam laman web, bermula dari penyediaan alatan mudah untuk penghasilan satu kandungan sehingga penerbitan kandungan tesebut dan akhirnya mencapai kembali sekiranya sudah diarkibkan.
Ianya berupaya untuk mengendali dan menguruskan struktur keseluruhan laman web sama ada bentuk paparan laman web itu sendiri sehinggalah kepada bentuk navigasi bagi memandu pengguna melayarinya. Pada hari ini, kebanyakkan CMS lebih berfokus kepada penghasilan laman web bagi tujuan mengendalikan kandungan web. Dalam sesetengah pendapat, mereka lebih gemar menggunakan terma “web management content, WMC”.
Kelebihan Menggunakan CMS
- Mengukuhkan proses penilisan kandungan
- Lebih konsisten
- Meningkatkan tahap laman
- Mengurangkan duplikasi maklumat dan informasi
- Mengurangkan kos penyelenggaran laman web
Apakah itu laman web?
Jaringan Laman Web
World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmata yang menghimpun maklumat. Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunayi alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan HyperText Transfer Protocol.
Laman web ialah dokumen “HTML” pada World Wide Web. Biasanya dokumen ini mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web. Dokumen ini biasanya berada pada pelayan web yang berlainan. Melayari web ialah melalui proses mengikuti hubungan ini dari satu laman ke satu laman yang lain.
Maksud Laman Web menurut Dictionary.com (2007)
Laman web yang berfungsi sebagai pintu masuk ke Internet, dengan menyediakan kandungan berguna dan capaian ke pelbagai laman web/tapak dan ciri2nya dalam Internet.
Maksud Laman Web menurut wikipedia (2018)
Dokumen berisi maklumat yang boleh dilawat di Jaringan Sejagat menggunakan suatu pelayar web (sesawang). Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.
Maksud Laman Web menurut Yahoo.education
Laman web yang dianggap sebagai Pintu masuk kepada laman web lain, kebiasaannya dengan menyediakan atau menjadi akses kepada enjin pencari.
Menurut buku Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, laman web merupakan aplikasi yang paling menarik dan penting di dalam internet. Laman web ialah dokumen ‘HTML’ pada World Wide Web yang mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada world wide web. HTML digunakan untuk membuat reka bentuk laman web dan untuk menghubungkan satu halaman dengan halaman yang lain pada web.
Laman web juga merupakan jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian yang dipanggil tapak jaring atau hompage. Tapak jaring ini mengandungi pautan-pautan ke dokumen dan sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet
jadi apa refleksi berkaitan tajuk ini atau rumusan dan pandangan Azimah?
LikeLike
Terima kasih Dr. Saya dah buat penambahbaikkan.
LikeLike