Sains Sekolah Rendah

Pengenalan

Kemahiran Saintifik merupakan kemahiran yang diamalkan semasa menjalankan
eksperimen atau penyiasatan. Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses
sains dan kemahiran manipulatif. 

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Proses Sains membolehkan kamu mempersoalkan tentang sesuatu
perkara dan mencari jawapan secara sistematik. Terdapat 12 kemahiran Proses
Sains, iaitu :

1. Memerhati

Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena.

2. Mengukur dan Menggunakan Nombor

Dengan menggunakan alat dan radas.

3. Membuat Inferens

Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan bukti.

4. Berkomunikasi

Mengemukakan idea melalui tulisan, graf, jadual dan rajah.

5. Mengelas

Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya.

6. Meramal dan Membuat Hipotesis

Membuat jangkaan dan penerangan tentang sesuatu peristiwa.

7. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Memperlihatkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahan mengikut masa.

8. Mentafsir Maklumat

Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada  maklumat yang dikumpul.

9. Mendefinisi Secara Operasi

Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu  dilakukan  dan diperhatikan.

10. Mengawal Pembolehubah

Dalam sesuatu penyiasatan, satu pembolehubah dimanipulasi untuk memerhati hubungannya  dengan pembolehubah yang lain. Pada masa yang sama, pembolehubah yang  lain dimalarkan.

11. Membuat Hipotesis

Sesuatu kenyataan umum yang ditakrifkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara  atau  peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya.

12. Mengeksperimen

Menguji sesuati hipotesis yang melibatkan kemahiran â€“ kemahiran proses di atas.

Kemahiran Manipulatif

  1. Kemahiran manipulatif sains perlu diamalkan ketika suatu eksperimen atau penyiasatan.
  2. Terdapat 5 kemahiran manipulatif:
    1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul.
    2. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
    3. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
    4. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
    5. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
  3. Kemahiran manipulatif Sains penting supaya:
    1. Hasil pernyiasatan yang diperoleh jelas dan tepat.
    2. Pengurusan alatan dan bahan menjadi lebih sistematik. 

Pautan:

Nota Sains Tahun 4

Nota Sains Tahun 5

Nota Sains Tahun 6

Leave a comment