Secara keseluruhannya topik pembelajaran hari ini memberi pandangan yang jelas terhadap apa yang perlu dilakukan dalam sesuatu pembinaan aplikasi dari awal hingga akhir. Pelbagai model dan pendekatan boleh digunakan di mana kesemuanya mempunyai keistimewaan serta pendekatan yang tersendiri.
Pemilihan model adalah mengikut kesesuaian pereka itu sendiri. Ini kerana dalam pemilihan model kita perlu menegenal pasti kelemahan serta kelebihan yang perlu dalam sesuatu pembinaan aplikasi dari awal hingga akhir.
Namun begitu, bagi saya untuk membina laman web saya sendiri saya lebih gemar menggunakan pendekatan menggunakan “waterfall model”.

Ini kerana pada peringkat awal model ini telah mencadangkan melihat kepada kehendak pengguna yang akan mengekses ke laman web saya nanti sebagai asas tujuan sebenar pembinaan laman web ini.
Selepas semua keperluan diambil kira barulah fasa merekabentuk dan membina di lakukan. Di peringkat percubaan pula, laman web saya telah di akses oleh rakan-rakan dan pensyarah serta mereka berpeluang memberikan pandangan bagi tujuan penambahbaikkan. Setelah penambahbaikkan dilakukan baru lah laman web ini akan digunakan sepenuhnya pada masa yang sama perlukan penyelenggaraan dari masa ke semasa.
Namun begitu peringkat yang dicadangkan dalam “waterfall model” tidak jauh beza dengan kebanyakkan model-model reka bentuk yang lain. Cuma dalam pembinaan laman web ini bagi saya ianya sangat berguna sebagai asas rujukan.